I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

Friday, July 1, 2011

Sifat Manusia & Tingkat Langit.

Assalamualaikum.
Nak kongsi satu benda yang mungkin korang tak tahu.

Setiap tingkat langit dijaga oleh para malaikat yang akan menghalang manusia melepasinya untuk sampai kepada Allah S.W.T kerana sifat manusia itu sendiri.

1. LANGIT PERTAMA.

Pengumpat-Seseorang yang suka mengumpat atau mengeji tentang manusia lain.

2. LANGIT KEDUA.

Bermegah dengan kebendaan-Iaitu mereka yang mempunyai pangkat, jawatan, wang, nama, ilmu sehingga lupa tanggungjawab pada urusannya terhadap Allah.

3. LANGIT KETIGA.

Takabbur-Mereka yang sombong, bongkak, dan merendah kan orang lain.

4. LANGIT KEEMPAT.

Ujub-Seseorang yang bangga dengan kehebatan yang ada pada dirinya sendiri.

5. LANGIT KELIMA.

Hasad dengki-Seseorang yang pendendam, cemburu dengan kejayaan orang lain, iri hati dan lain-lain lagi.

6. LANGIT KEENAM.

Seseorang yang tidak menunjukkan atau bersifat penyayang atau pengasih terhadap semua makhluk.

7. LANGIT KETUJUH.

Riak-Menunjuk-nunjuk jika melakukan sesuatu perkara seperti solat, membantu orang lain, dan mengharapkan pujian.

p/s: Renung-renungkan lah. Berubahlah demi kebaikan kita di dunia dan akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment